Pasaran saham Amerika Syarikat (AS) stabil pada Isnin selepas purata utama mengalami kerugian besar pada minggu pertama September.
Pada minggu lepas, S&P 500 turun 4.25% untuk minggu terburuk sejak Mac 2023, manakala Nasdaq Composite jatuh 5.77% untuk kejatuhan mingguan terbesar sejak Januari 2022.
Saham semikonduktor mengetuai penurunan minggu lalu termasuk Nvidia (-13.9%), Broadcom ( -15.9%), AMD (-9.6%), SMCI (-11.7%) dan ASML Holdings (-16.7%).
Saham tenaga dan bahan asas juga mencatatkan kerugian ketara seperti Exxon Mobil (-4.5%), Chevron (-6.4%) dan Linde (-4.5%).
Pergerakan itu berlaku apabila data pasaran buruh dan pembuatan AS yang lemah mencetuskan kebimbangan ekonomi yang perlahan.
Laporan pekerjaan Ogos mendedahkan bahawa pertambahan perkerjaan meningkat kurang daripada yang dijangkakan, namun kadar pengangguran lebih rendah.
Pelabur kini menantikan data inflasi utama minggu ini yang boleh memberikan lebih banyak pandangan menjelang keputusan kadar faedah Rizab Persekutuan bulan ini.