“Terbaik betullah, dalam masa singkat je WIF dah jadi top 29 kripto mengikut modal pasaran.”
Memecoin dogwifhat (WIF) berpangkalan di Solana (SOL) yang semakin dikenali ramai akhirnya berjaya memberi kejutan sekali lagi pada seluruh pasaran mata wang kripto apabila harganya menggunung hampir $5.
Secara purata, kategori memecoin mencanak 8% mengatasi niche yang lebih serius seperti kewangan decentralized, yield farms dan token pertukaran.
Banyak memecoin terutamanya WIF kian diberi perhatian di tengah-tengah spekulasi tentang Dogecoin (DOGE) yang dijangka akan digunakan pada perkhidmatan pembayaran untuk platform media sosial X biarpun masih belum ada komunikasi rasmi.
Suka dimaklumkan pertaruhan pada niaga hadapan dijejaki DOGE telah mendaki sehingga rekod $2 bilion yang menunjukkan jangkaan turun naik harga pada masa hadapan, tetapi kebanyakannya adalah daripada longs.
Jadi di sini dapat dilihat token bertemakan anjing seperti Floki Inu (FLOKI) dan WIF naik sebagai beta bet pada DOGE, di mana WIF menewaskan Pepe Coin (PEPE) untuk jadi memecoin ketiga terbesar mengikut modal pasaran.
Meskipun begitu, beberapa firma perdagangan memberi amaran bahawa pullback semula dalam keuntungan baru-baru ini boleh berlaku susulan daripada reaksi harga Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH) yang menunjukkan tanda-tanda mendatar.
Setakat penulisan ini, harga WIF melonjak sebanyak 5.54% pada paras $4.62 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai $4 bilion lebih seterusnya mencatatkan kenaikan 66.28% sepanjang minggu lepas.