“SOL kalau naik banyak juga eh, korang ada ke yang beli kripto ni?”
Tanpa disedari, mata wang kripto Solana (SOL) menggunung sehingga $164 disebabkan beberapa perkembangan terkini dalam ruang aset digital terutamanya yang melibatkan platform utama seperti Robinhood, Infinex dan MarginFi.
Dalam pengumuman pada 15 Mei di platform media sosial X SOL, firma diterajui Vlad Tenev mengumumkan platform dagangan aset digital Robinhood Crypto bakal melancarkan ciri staking SOL di Eropah.
Melalui aplikasi Robinhood Crypto, para pelanggan bukan sahaja boleh staking pegangan SOL mereka malah diberi peluang memperoleh ganjaran sambil mengekalkan fleksibiliti bagi membatalkan pegangan seperti yang dikehendaki.
Robinhood Crypto turut mengumumkan program bonus untuk pelanggan baharu, di mana mereka boleh menerima bonus 10% pada pembelian bersihnya selama 30 hari awalnya di platform dengan bonus dikeluarkan dalam stablecoin USDC.
Suka dimaklumkan platform dagangan kontrak kekal decentralized Infinex yang dilancarkan oleh Synthetix juga jadi punca harga SOL mencanak, di mana mereka umumkan sokongannya terhadap SOL dan penyepaduannya telah membuka peluang baharu kepada pengguna.
Selain itu, Marginfi yang merupakan protokol margining portfolio decentralized untuk perdagangan di SOL telah mendedahkan Liquidity Layer pertama L1 blockchain yang menawarkan hasil staking semula jadi melalui LST.
Setakat penulisan ini, harga SOL merudum semula 1.25% pada paras $161 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $72 bilion tetapi tetap mencatatkan lonjakan 4.80% sepanjang minggu lepas.