Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) terus mengorak langkah dengan pelaksanaan lebih $39 bilion (RM165 bilion) projek infrastruktur dan jalinan serantau yang semakin rancak.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempengerusikan Sidang Kemuncak IMT-GT ke-16 pada Selasa semalam berkata, usaha ini bukan sahaja menumpukan pembangunan fizikal, malah memperkukuh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), sektor pelancongan, halal dan agroindustri.
Beliau memuji tindakan Thailand yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi dengan meluluskan segera beberapa projek sempadan, termasuk jambatan Rantau Panjang–Sungai Golok, memberikan isyarat yang penting bahawa kemajuan dalam kerjasama serantau tidak lagi boleh ditangguhkan.
Usaha memperkukuh keterhubungan ini turut diperkasa menerusi pemeteraian sebuah kerangka kerjasama Kastam, Imigresen dan Kuarantin (FOC CIQ) sebagai satu langkah penting ke arah kelancaran perjalanan rentas sempadan dan aliran dagangan.
Dengan pelaburan berskala besar dan komitmen politik yang kian kukuh, IMT-GT bukan lagi sekadar visi sebaliknya kini menjadi realiti pembangunan serantau yang tidak boleh dinafikan.
Ketika rantau ini bergerak pantas membina masa depan melalui projek bernilai berbilion ringgit, anda juga boleh mula membina haluan kewangan anda hari ini dengan sertai program HUSTLE24HOUR untuk naikkan level trading anda dan capai kestabilan yang anda impikan. Klik link untuk mula bersama H24H!