Berikut merupakan sebahagian daripada data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.
SELASA (5 Ogos 2025)
PMI Perkhidmatan AS Tinjauan ISM (10.00 Malam) – Selepas pasaran meneliti penurunan pada angka bagi sektor pembuatan untuk Amerika, tinjauan untuk sektor perkhidmatan pula akan diperhatikan pada minggu ini. Ramalan angka dijangka yang berada di atas paras 50 mata akan terus meningkat.
RABU (6 Ogos 2025)
Data Pekerjaan New Zealand (6.45 Pagi) – Pasaran menjangkakan kemerosotan pada bacaan laporan pekerjaan New Zealand bagi bulan Jun. Dijangka pertambahan pekerjaan bakal menguncup sementara kadar pengangguran berisiko melonjak.
KHAMIS (7 Ogos 2025)
Mesyuarat Polisi BOE (7.00 Petang) – Bank pusat England dijangka menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas dari 4.25% kepada 4.00%, bakal meneruskan pelonggaran dasar mereka. Undian oleh ahli MPC juga akan diperhatikan untuk menilai pilihan majoriti untuk penetapan kadar faedah.
JUMAAT (8 Ogos 2025)
Data Pekerjaan Kanada (8.30 Malam) – Laporan pekerjaan akan menjadi tumpuan pada sesi terakhir penutup minggu ini. Pertambahan pekerjaan dijangkakan perlahan sekitar 15,300 untuk Julai setelah lonjakan 83,100 dicatatkan pada bulan sebelumnya. Kadar pengangguran dijangka meningkat daripada 6.9% kepada 7.0%.
Pelabur perlu peka dengan data-data ekonomi tumpuan yang diterbitkan dalam pasaran yang boleh mempengaruhi perubahan pada pergerakan mata wang utama. Program HUSTLE24HOUR turut membincangkan berkenaan data-data ekonomi dan impaknya terhadap pasaran setiap hari. Sertai komuniti HUSTLE24HOUR segera, KLIK LINK INI.