Berikut merupakan sebahagian daripada data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.
ISNIN (25 Ogos 2025)
Data Jualan Rumah Baharu AS (10.00 Malam) – Jumlah jualan rumah pada bulan Julai di Amerika akan diperhatikan yang menjadi petunjuk kepada kesihatan semasa ekonomi. Angka terbaru dijangka kembali meningkat berbanding penurunan pada bacaan bulan sebelumnya.
SELASA (26 Ogos 2025)
Data Inflasi Jepun (1.00 Petang) – Sedikit penurunan sebelum ini, kadar inflasi Jepun dijangka catat sedikit kenaikan bagi bulan Julai.
Data Keyakinan Pengguna AS (10.00 Malam) – Tinjauan terhadap 3,000 isi rumah bakal memberikan gambaran tahap keyakinan kewangan pengguna di Amerika.
RABU (27 Ogos 2025)
Data Inflasi Australia (9.30 Pagi) – Bakal mempengaruhi keputusan bank pusat Australia, kadar inflasi pada Julai dijangka melonjak semula kepada 2.3% selepas bacaan 1.9% dicatatkan bulan sebelumnya.
KHAMIS (28 Ogos 2025)
Data KDNK AS (8.30 Malam) – Bacaan kedua bagi angka pertumbuhan ekonomi Amerika untuk suku kedua akan diperhatikan. Angka dijangka sedikit meningkat kepada 3.1% selepas diterbitkan pada 3.0% pada bacaan pertama bulan lepas.
JUMAAT (29 Ogos 2025)
Data KDNK Kanada (8.30 Malam) – Pertumbuhan bulanan Kanada bagi bulan Jun dijangka kembali positif semula selepas menunjukkan penguncupan pada bacaan sebelumnya. Angka yang lebih tinggi dari ramalan boleh menyokong pengukuhan mata wang Loonie.
Data Indeks Harga PCE (8.30 Malam) – Menjadi indikator kegemaran Federal Reserve dalam menilai inflasi, komponen penting ini akan diperhatikan. Mata wang US dolar juga dijangka memberi reaksi ketika data diterbitkan untuk dagangan sesi terakhir minggu ini.