Yinson Production, anak syarikat Yinson Holdings Bhd, berjaya memperoleh pelaburan besar berjumlah AS$1 bilion (RM4.51 bilion) daripada konsortium global yang diketuai oleh unit Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA).
Pembiayaan ini akan memacu pertumbuhan Yinson Production dalam sektor “floating, production, storage, and offloading” (FPSO).
Pelaburan itu, yang datang daripada Platinum Lily B 2024 RSC Ltd, British Columbia Investment Management Corp (BCI), dan RRJ Group, melibatkan pembelian “Redeemable Convertible Preference Shares” (RCPS) dan waran, meningkatkan penilaian Yinson Production kepada AS$3.7 bilion.
Pelabur juga mempunyai pilihan untuk menyumbang tambahan AS$500 juta dalam tempoh dua tahun. Daripada jumlah dana itu, AS$200 juta akan disalurkan kepada syarikat induk Yinson.
Ketua Pegawai Eksekutif Lim Chern Yuan menyatakan bahawa pelaburan ini mengukuhkan kedudukan Yinson dalam pasaran FPSO dan dapat meningkatkan lagi kemajuan tenaga boleh diperbaharui dan projek teknologi hijaunya.
Pegangan Yinson dalam Yinson Production akan berkurangan kepada 65.48%.
Aggaran dana sebanyak RM3.51 Bilion akan menyokong pemerolehan dan penukaran FPSO untuk projek pada 2025 dan 2026.
Sementara menunggu kelulusan kawal selia dan pemegang saham, perjanjian itu dijangka ditutup pada awal 2025.