US dolar memulakan dagangan pembukaan awal minggu ini dengan prestasi suram susulan pasaran menghadam penurunan penarafan kredit kerajaan Amerika Syarikat (AS) oleh firma Moody’s pada penutup minggu lalu.
Moody’s mengurangkan penarafan kredit top sovereign pada satu takuk berikutan kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi negara tersebut yang telah mencatatkan penguncupan pada suku pertama tahun ini.
Selain itu, US dolar juga telah mula menunjukkan penyusutan pada dagangan sesi-sesi akhir minggu lepas ketika pelabur menilai data yang diterbitkan.
Tinjauan terhadap keyakinan pengguna AS yang diterbitkan oleh Universiti Michigan jatuh untuk bulan kelima berturut-turut dan yang terendah sejak Jun 2022.
Sementara, tinjauan terhadap unjuran inflasi AS juga meningkat ke paras 7.3% adalah merupakan yang tertinggi sejak 1981.
Pelabur akan terus memantau perkembangan rundingan tarif global yang boleh mempengaruhi arah tuju pasaran selepas perkembangan positif rundingan antara AS dan China minggu lalu.
Sementara itu, Presiden Donald Trump dilaporkan berdepan tentangan oleh partinya sendiri dalam usaha untuk meneruskan rang undang-undang pemotongan cukai yang menganggarkan pertambahan $3 trilion ke $5 trilion hutang negara pada dekad akan datang.
Kadar hutang negara yang kini telah mencecah $36 trilion sudah mencetuskan kebimbangan, justeru tindakan oleh Trump itu akan meningkatkan lagi amaran.
Dengan ketidaktentuan ekonomi global ketika ini, pelabur harus bijak mencari peluang untuk buat untung dengan mengenal pasti perubahan trend, membaca pergerakan harga dan menguruskan risiko dengan baik. KLIK LINK untuk sertai HUSTLE24HOUR Familia dan mulakan perjalanan bersama ahli komuniti yang terbaik!