Syarikat penerbangan AirAsia dan Standard Chartered Malaysia telah menandatangani satu perjanjian untuk meneroka dan membangunkan stablecoin milik mereka sendiri yang disandarkan kepada mata wang ringgit.
Keputusan tersebut dibuat selepas Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail melancarkan stablecoin pertama negara, RMJDT pada minggu lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia, Tony Fernandes dan Standard Chartered Bank Malaysia Bhd telah memeterai satu kerjasama untuk membangunkan dan menguji stablecoin melalui hab inovasi aset digital yang diselia oleh Bank Negara Malaysia.
Fernandes turut menyifatkan perjanjian itu sebagai peristiwa penting dalam usaha mentransformasikan Airlines daripada sekadar sebuah syarikat penerbangan kepada ekosistem berteknologi yang dipercayai.
Dalam kerjasama berkenaan, Standard Chartered Malaysia akan memainkan peranan sebagai penerbit stablecoin, manakala Airlines pula berpotensi menjadi penggerak utama dalam penggunaan borong dan aplikasi dunia nyata.
Sementara itu, perjanjian ini juga menandakan penglibatan pertama Capital A dalam bidang aset digital yang dikawal selia.
Capital A kini dalam proses menjual AirAsia kepada AirAsia X Bhd, sekali gus menukar peranannya sebagai syarikat induk bukan penerbangan berikutan penstrukturan semula yang sedang dilaksanakan.



















































