Selepas paparkan pergerakan mendatar sejak minggu lepas, harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD pada Khamis semalam menjunam keluar dari zon sideway 100 pips.
Sebelum ini, harga berlegar dalam julat antara paras rintangan pada 1.26000 dan paras sokongan 1.25000.
Namun, pada Rabu lalu pergerakan harga perlahan di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut menunjukkan isyarat bearish.
Pada Khamis semalam, harga akhirnya menjunam laju menembusi paras 1.25000 untuk keluar dari zon mendatar tersebut dengan penurunan harian sekitar 180 pips dicatatkan.
Situasi itu didorong oleh pengukuhan US dolar yang melanjutkan prestasi cemerlangnya di pembukaan dagangan 2025 ini.
Sementara tiada faktor yang menyokong Pound, US dolar akan terus memberikan tekanan lanjut.
Penurunan harga turut menembusi paras jangkaan berikutnya pada 1.24000 sebelum mencecah sekitar paras berhampiran 1.23500.
Pergerakan harga perlahan menuju penghujung sesi New York dan menyambung dagangan di sesi Asia pagi ini (Jumaat), harga hampiri paras 1.24000.
Paras itu dilihat sebagai rintangan untuk diuji harga dengan jangkaan corak penurunan harga masih akan dilanjutkan lagi.
Jika diteruskan menuju ke bawah, harga dilihat akan mensasarkan pada 1.23000 sebagai kawasan tumpuan terhampir.
Namun jika harga mampu lanjutkan pendakian lebih tinggi melepasi 1.24000, kenaikan boleh menuju semula sehingga paras 1.25000 yang menjadi support harga sebelum ini.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.