Harga Bitcoin sempat melonjak melebihi $107,000 pada hari Isnin sebelum jatuh semula di bawah $105,000, di tengah-tengah peningkatan ketara aktiviti whale yang menghantar lebih 19,500 BTC bernilai sekitar $2 bilion ke Binance sejak pertengahan Oktober, menurut CryptoQuant.
Analisis firma tersebut menunjukkan bahawa lonjakan besar dalam aliran masuk whale eimana transaksi melebihi 1,000 BTC yang menandakan perubahan tingkah laku utama pelabur besar dan menambah tekanan jualan terhadap harga Bitcoin. Namun begitu, aliran masuk itu telah perlahan minggu lalu, menunjukkan fasa jualan paling berat mungkin sudah berlalu.
Selain itu, tekanan makroekonomi, dasar berhati-hati Rizab Persekutuan A.S., dan ketidaktentuan kawal selia terus menyukarkan pemulihan Bitcoin. Data menunjukkan zon rintangan penting antara $107,000 dan $118,000, di mana pemegang jangka panjang meningkatkan aliran masuk ke bursa untuk mengambil keuntungan.
Pada masa sama, aktiviti pelombong juga meningkat dengan lebih 71,000 BTC dipindahkan ke Binance sejak awal November. Pada bulan Oktober pula menyaksikan lebih 200,000 BTC berpindah, mencerminkan corak tahunan pengimbangan semula menjelang akhir tahun.
Walaupun peningkatan deposit ke bursa biasanya menandakan tekanan jualan, CryptoQuant menegaskan bahawa langkah pelombong kini lebih menjurus kepada mengekalkan kecairan operasi berbanding menjual untuk keuntungan, mencerminkan keseimbangan sihat dalam industri perlombongan di tengah aktiviti dagangan derivatif yang meningkat.























































