Amerika Syarikat telah meluluskan perundangan kripto utama yang pertama, menandakan detik penting bagi industri aset digital.
Undang-undang tersebut menetapkan rangka awal selia bagi stablecoin, iaitu mata wang kripto yang disokong oleh aset seperti dolar AS dan dianggap lebih stabil.
Langkah itu merupakan kejayaan besar buat industri kripto yang selama ini mendesak Kongres sejak beberapa tahun dan mereka membelanjakan jutaan dolar dalam pilihan raya termasuk menyokong Donald Trump semasa pilihan raya.
Dewan Perwakilan meluluskan rang undang-undang ini pada Khamis, selepas ia diluluskan oleh Senat bulan lalu. Trump dijangka akan menandatanganinya menjadi undang-undang pada hari Jumaat.
Rang undang-undang yang dikenali sebagai Akta Genius merupakan salah satu daripada tiga inisiatif undang-undang kripto yang sedang digerakkan di Washington dengan sokongan Presiden Donald Trump dan ahli Republikan.
Sokongan tersebut adalah bagi memastikan Amerika Syarikat tidak ketinggalan dalam evolusi sistem pembayaran digital global.
Industri kripto telah lama menekan kerajaan untuk memperkenalkan garis panduan seperti ini, dengan harapan ia mampu memperluas penggunaan mata wang digital dan mempercepatkan penerimaannya secara arus perdana. – BBC
Pasaran bergerak pantas, peluang terbaik datangnya daripada mereka yang bersedia. Anda tak nak terlepas? Rebut peluang untuk sertai program HUSTLE24HOUR untuk tingkatkan level anda dalam trading selepas ini. KLIK LINK UNTUK JOIN H24H!