Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkata mereka menerima hampir $2 billion per hari dalam penetapan tarif dan beliau merasakan ia adalah pelaksanaan yang sangat baik.
Katanya lagi, Jepun, Korea Selatan dan negara-negara lain berpusu-pusu datang ke Amerika Syarikat untuk berunding tarif.
Jurucakap White House, Karoline Leavitt memberitahu hampir 70 negara telah menghubungi Trump untuk memulakan rundingan mengenai tarif berikutan pengumumannya minggu lepas bahawa beliau mengenakan tarif minimum 10%.
Katanya lagi, beliau mengarahkan mereka untuk mengadakan perjanjian perdagangan yang disesuaikan dengan setiap negara.
Beliau juga berkata berita berkenaan pertimbangan penangguhan beberapa tarif adalah tidak benar dan ia akan berkuat kuasa serta-merta.