Walaupun telah mengadakan rundingan damai di Turki, perbincangan tersebut nampaknya berlaku seperti angin yang berlalu sahaja ataupun sekadar ‘cakap kosong’ setelah Rusia semakin ‘panas’ dengan tindakan Ukraine yang tidak berhenti-henti menyerang Rusia.
Terbaharu, Presiden Rusia, Vladimir Putin berikrar untuk membalas tindakan Ukraine selepas melancarkan siri serangan dron dramatik dan luar biasa ke atas armada pengebom nuklear Rusia serta beberapa pangkalan strategik—serangan yang berlaku tepat sebelum rundingan damai dijadualkan bermula di Turki.
Dalam satu panggilan selama 75 minit bersama Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Rabu, Putin menyifatkan serangan Ukraine itu sebagai “tindakan pengganas” dan memberi isyarat bahawa Moscow akan bertindak balas secara keras.
Trump, yang kini cuba memposisikan dirinya sebagai pengantara perang, mengakui bahawa perbualan itu “tidak akan membawa kepada damai dalam masa terdekat.”
Sementara itu, Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy menolak mentah-mentah cadangan damai Rusia, menyifatkannya sebagai “ultimatum” yang tidak boleh diterima Kyiv.
Sebaliknya, beliau mencadangkan gencatan senjata tanpa syarat dan mesyuarat tiga hala bersama Trump dan Putin.
Namun, Putin menolak cadangan itu bulat-bulat, menuduh kepimpinan Ukraine sebagai “rejim pengganas” dan menyalahkan Barat kerana “menaja keganasan”.
Menyifatkan kerajaan Ukraine sebagai “tidak sah” dan “berkembang menjadi organisasi pengganas”, Putin menolak sebarang prospek rundingan dalam keadaan semasa.
Rusia kini melancarkan beberapa siri serangan peluru berpandu ke seluruh Ukraine, sambil membuat kemajuan kecil tetapi berterusan di wilayah Sumy.
Amerika Syarikat dan sekutunya dilihat semakin berpecah dalam memilih untuk berpihak di anatar Rusia mahupun Ukraine.
UK dan Jerman menyatakan komitmen untuk terus membekalkan senjata kepada Ukraine dengan Britain menjanjikan penghantaran 100,000 dron namun ketidakhadiran Setiausaha Pertahanan AS Pete Hegseth dalam mesyuarat penting NATO di Brussels menimbulkan tanda tanya.
Pentadbiran Trump masih belum mengesahkan bantuan ketenteraan baharu, menjadikan masa depan pertahanan Ukraine semakin tidak menentu.
Di saat pemimpin dunia masih bertelagah dan pasaran global bergoncang, inilah masa terbaik untuk anda ambil kawalan kewangan sendiri—sertai program HUSTLE24HOUR hari ini untuk naikkan level trading anda dan bina masa depan yang lebih stabil. Klik link untuk mula bersama H24H!