Alibaba telah memperoleh perjanjian besar dengan Apple untuk meningkatkan ciri AI untuk iPhone di China.
Sebelum memilih Alibaba, Apple telah meneroka perkongsian AI dengan Baidu, ByteDance dan Tencent.
‘Partnership’ ini dijangka dapat membantu Apple untuk mengatasi persaingan sengit daripada Huawei dan Vivo dan masalah penjualan produk mereka yang rendah.
Walaupun begitu, Apple dilaporkan masih bekerjasama dengan Baidu dalam penyepaduan AI dalam iPhone di China.
Namun, masih tidak jelas bagaimana AI Alibaba akan dimasukkan ke dalam iPhone Apple, terutamanya kerana Apple kini menggunakan ChatGPT di luar China.
Saham Alibaba di Hong Kong melonjak lebih 9% sebelum ditutup dengan peningkatan 2.6%.
Alibaba mengukuhkan lagi kedudukan mereka dalam AI setelah model mereka iaitu Qwen 2.5 mengatasi DeepSeek-V3.