Apple telah memperkenalkan cip rekaan modem pertama mereka sebagai langkah untuk beralih daripada Qualcomm.
Komponen baharu ini adalah sebahagian daripada iPhone 16e, yang berharga $599 (RM2,661), dan akan digunakan dalam peranti Apple akan datang.
Cip modem berada dalam subsistem C1 Apple, yang termasuk pemprosesan dan memori.
IPhone 16e, yang menampilkan pemprosesan A18, akan mempunyai hayat bateri terbaik antara model iphone yang bersaiz 6.1 inci dan akan menyokong ciri AI.
Apple sebelum ini bergantung kepada cip Qualcomm untuk model mereka tetapi menghadapi pertikaian undang-undang.
Namun, pertikaian tersebut tidak berlarutan kerana kegagalan intel untuk membangunkan cip modem yang memenuhi keperluan Apple dari segi prestasi, keserasian atau kebolehpercayaan yang memaksa Apple untuk ‘settle’ dan menandatangani perjanjian baru.
Kini, modem C1 Apple menggunakan teknologi 4nm dan 7nm dan telah diuji dengan 180 perkhidmatan rangkaian di 55 negara.
Apple dijangka mengurangkan pergantungan mereka terhadap cip dari Qualcomm menjelang tahun 2027.