Audi, anak syarikat Volkswagen, kini dalam proses untuk mengurangkan kakitangannya di Jerman yang bakal melibatkan 7,500 pekerja menjelang 2029, namun pekerja kilang tidak akan terlibat dalam proses ini.
Walau bagaimanapun, syarikat tersebut dilaporkan telah melabur €8 bilion (AS$8.7 bilion atau RM38.7 bilion) dalam kemudahan di Jerman.
Syarikat itu juga menumpukan pada pelancaran model baharu, terutamanya di Amerika dan China, di mana jualan merosot baru-baru ini.
Audi berhasrat melalui penstrukturan semula ini dapat membantu untuk meningkatkan prestasi kewangan dan daya saingnya.
Menjelang 2025, Audi akan mengembangkan pengeluarannya di China, dengan melancarkan SUV elektrik e-tron Q6L dan juga kenderaan lain.
Selain itu, syarikat itu merancang untuk memperkenalkan sepuluh model hibrid plug-in tahun ini, menekankan peralihan fleksibel kepada kenderaan elektrik.