Bank-bank dan kumpulan perniagaan ternama menyaman Federal Reserve AS (Fed) pada penghujung Disember atas dakwaan menyebabkan tekanan tahunan tinggi bank pusat Amerika Syarikat terhadap firma Wall Street yang melanggar undang-undang.
Institut Dasar Bank yang diwakili bank besar seperti JPMorgan, Citigroup dan Goldman Sachs
yang menyertai Persatuan Jurubank Amerika, Liga Jurubank Ohio menuduh Fed perlu menyelesaikan pelanggaran undang-undang yang berlarutan.
Tuntutan yang difailkan di Mahkamah AS, Ohio mendakwa tindakan Fed itu mengganggu prestasi bank-bank besar terhadap keputusan kegawatan ekonomi dan keperluan modal yang ditetapkan serta ianya tidak mengikut prosedur pentadbiran yang betul.
Tuntutan itu menandakan contoh terbaharu industri perbankan yang semakin berani dan mencabar mahkamah kuasa pengawal selia AS, terutamanya susulan keputusan Mahkamah Agung baru-baru ini yang meletakkan sekatan baharu ke atas pihak berkuasa pentadbiran.
Kumpulan tersebut juga meminta Fed supaya lebih terbuka tentang cara mereka menilai kekuatan bank-bank gergasi di negara tersebut berdasarkan prestasi dan ujian tahunan sebelum menetapkan keputusan.
Selain itu, pendakwaan tersebut adalah disebabkan oleh mereka memerlukan banyak modal yang diperuntukkan untuk memenuhi kewajipan dan menentukan skop pembayaran dividen.