Kerajaan akan mula mengagihkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM13 bilion bermula esok, menjadikannya bantuan tertinggi dalam sejarah negara.
Bantuan ini akan memberi manfaat kepada 700,000 penerima dari golongan miskin dan miskin tegar melalui penggunaan MyKad.
Berbanding tahun lalu, SARA kini diperluaskan ke Sabah dan Sarawak, membolehkan lebih ramai rakyat mendapat manfaat.
Selain itu, jumlah bantuan meningkat kepada RM2,100 bagi isi rumah yang layak, lebih tinggi daripada tahun lalu yang berjumlah RM1,200.
Penerima akan menerima RM100 sebulan bermula dari Januari hingga Mac dan jumlah itu akan meningkat kepada RM200 sebulan pada April,.
Bantuan ini akan dikreditkan terus ke MyKad penerima dan boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di lebih 1,200 kedai runcit berdaftar di seluruh negara.
Mulai April, tambahan SARA juga akan diberikan kepada 5.4 juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), termasuk 4.7 juta penerima yang tidak tersenarai dalam eKasih.
Bantuan tambahan ini melibatkan RM100 sebulan untuk isi rumah dan RM50 bagi warga emas tanpa pasangan.