Tempoh penutupan kerajaan Amerika Syarikat (AS) kali ini yang menjadi rekod terpanjang dalam sejarah telah memberi tekanan terhadap prestasi US dolar yang sebelum ini mengukuh.
Sekali lagi di bawah pimpinan Donald Trump, situasi ‘government shutdown’ telah melepasi 35 hari dari rekod pada 2019 lalu.
Penganalisis melihat tekanan sudah mula menyelubungi US dolar semula dengan penerbitan laporan pekerjaan NFP pada minggu ini juga dijangka akan ditangguhkan lagi.
Ini sedikit sebanyak akan merencatkan pasaran dan juga bank pusat dalam menilai keputusan yang tepat untuk dasar monetari selanjutnya.
Sementara itu menjadi tumpuan pada dagangan Khamis semalam adalah keputusan mesyuarat polisi monetari Bank of England (BOE) yang menepati ramalan dengan kadar faedah dikekalkan pada 4.00% untuk mesyuarat November.
Memerhatikan undian ahli MPC, daripada 9 orang, undian untuk kadar faedah diturunkan adalah lebih banyak iaitu 4 orang berbanding 3 jangkaan.
Pada kenyataan susulan disampaikan oleh Gabenor Andrew Bailey, kadar inflasi UK perlu turun menuju ke sasaran untuk bank pusat bersedia untuk meneruskan lagi langkah pemotongan kadar faedah lanjut.
Mata wang Pound susut seketika pada reaksi awal keputusan mesyuarat tersebut sebelum beransur-ansur pulih semula berbanding US dolar sehingga ke penutup dagangan sesi New York.
Laporan NFP dijangka ditangguhkan, pelabur bakal memerhati laporan pekerjaan Kanada pada sesi New York malam ini (Jumaat) dan kekal berwaspada dengan risiko ketidaktentuan pasaran di penutup minggu.





















































