Pentadbiran Biden sedang membuat keputusan untuk menyekat kebanyakan kereta dan trak buatan China daripada masuk ke pasaran Amerika Syarikat (AS).
Peraturan baharu ini bertujuan untuk melindungi keselamatan negara AS dengan menghalang kenderaan serta perisian dan perkakasan China daripada memasuki pasaran Amerika.
Ini berikutan tindakan awal di mana AS menaikkan cukai ke atas kenderaan elektrik China.
Pegawai bimbang jika berjuta-juta kereta China dibenarkan di jalan raya AS, mereka boleh menimbulkan risiko ancaman keselamatan.
Setiausaha Perdagangan Gina Raimondo menekankan kepentingan untuk bertindak lebih awal.
Peraturan, yang dimuktamadkan pada hari Selasa, akan mengharamkan perisian Cina dalam kereta yang boleh disambungkan kepada wifi dan telefon pintar bermula pada model tahun 2027.
Sekatan perkakasan akan diikuti pada tahun 2029, sekatan ini juga dikenakan kepada kenderaan Rusia.
Walau bagaimanapun, bas elektrik yang dibuat oleh BYD China di California akan dibenarkan untuk terus beroperasi memandangkan peraturan berat yang melebihi daripada 10,000 paun dikecualikan.
Selain itu, kerajaan merancang untuk memperkenalkan sekatan ke atas perisian dan perkakasan China dalam kenderaan komersial yang besar.
Keputusan ini akan diserahkan kepada pentadbiran seterusnya yang diketuai oleh Donald Trump.
Tidak seperti Biden, Trump terbuka untuk membenarkan pembuat kereta China membina kereta di AS dan bukannya mengimportnya.