Pergerakan harga Bitcoin kembali mencatat prestasi positif dalam beberapa jam terakhir, hampir mencapai paras tertinggi sepanjang masa (ATH) baharu, namun ditekan kembali sebelum sempat mencatat rekod tersebut.
Kebanyakan altcoin turut menunjukkan peningkatan kecil secara harian, dengan Ethereum (ETH) kekal stabil pada paras $2,500, manakala Cardano (ADA) melonjak sekitar 2.5%.
Tempoh dagangan yang sangat tidak menentu bagi Bitcoin bermula secara mengejut pada hujung minggu lalu. Selepas hari Sabtu yang suram dengan harga sekitar $103,000, mata wang kripto utama itu memulakan lonjaka menaik yang mengesankan pada malam Ahad, namun dihalang pada paras $106,000.
Selepas sedikit pembetulan harga,pembelian kembali menguasai dan menolak harga ke paras tertinggi beberapa bulan iaitu melebihi $107,000. Namun, berlaku satu lagi penolakan drastik menyebabkan Bitcoin menjunam di bawah $102,500 menjelang penghujung Isnin.
Penjualan walau bagaimanapun gagal mengekalkan tekanan itu terlalu lama. Bitcoin kembali melonjak menghampiri $107,000 pada hari Selasa. Walaupun gagal menembusi paras itu pada mulanya, satu lagi lonjakan singkat berjaya membawa harga melepasi halangan tersebut. Dalam sesi dagangan awal Asia hari ini, harga mencecah sedikit melebihi $108,000 (di Bitstamp), iaitu kurang daripada 1% sahaja untuk mencipta ATH baharu.
Namun, kenaikan itu sekali lagi terhenti dan Bitcoin kini didagangkan di bawah paras $107,000. Modal pasaran BTC kini mencecah $2.120 trilion, dengan dominasi pasaran hampir 61%.
Jumlah keseluruhan modal pasaran kripto telah bertambah lebih $50 bilion dalam sehari, kini mencecah $3.480 trilion mengikut data CoinGecko.