Harga Bitcoin kekal di bawah tekanan walaupun terdapat beberapa faktor positif, termasuk tamatnya penutupan kerajaan AS dan pembelian oleh firma perbendaharaan. Penganalisis memaklumkan pasaran kripto kekal terikat dalam julat rendah memandangkan ketiadaan pemangkin makro yang kukuh dan perubahan sentimen selepas BTC jatuh di bawah $100,000.
ETF Bitcoin spot di AS mencatat aliran keluar ketara, dengan dana seperti IBIT, FBTC, ARKB dan GBTC menjual ratusan juta dolar BTC dalam beberapa hari terakhir. Data pekerjaan ADP yang lemah menambah tekanan kepada pasaran, manakala pemegang jangka panjang dan whale dilihat mengambil keuntungan selepas Bitcoin mencapai puncak kitaran yang dijangka berdasarkan corak sejarah.
Beberapa firmna seperti 10x Research dan Matrixport melaporkan perubahan drastik dalam aliran, tingkah laku pelabur, dan volume dagangan, mencadangkan pasaran memasuki fasa bearish yang berisfat kecil. Volume dagangan kripto susut 50% dalam setahun, mengurangkan kecairan dan keberkesanan pemangkin positif.
QCP Capital menjangkakan pergerakan tidak menentu dalam Q4 susulan data AS yang lemah, namun menyatakan potensi pemotongan kadar Fed dan pendapatan korporat kukuh boleh menyokong aset berisiko menjelang 2026.
Indikator teknikal menunjukkan kelemahan, dengan corak bearish seperti head-and-shoulders memberi petunjuk kemungkinan penurunan. Data derivatif Coinglass mengesahkan tekanan jual berterusan, walaupun BTC pulih sedikit ke sekitar $103,000.





















































