Penurunan mendadak dalam Bitcoin pada hari Khamis sebanyak 25% daripada paras tertinggi sepanjang masa sekitar $109,000 pada 20 Januari 2025 iaitu di saat Donald Trump mulakan langkahnya sebagai Presiden Amerika Syarikat.
Token tersebut turun 2.8% pada $81,919 pada dagangan Asia selepas mencecah semula paras terendah sejak 11 November 2024.
Pergerakan itu adalah sebahagian daripada kemerosotan luas dalam mata wang kripto seperti Ethereum, Solana dan XRP yang juga menjunam sejak kebelakangan ini.
Penjualan itu menekankan perubahan pantas untuk aset digital yang berkembang pesat selepas kemenangan pilihan raya Trump dan jatuh di tengah-tengah kebimbangan pendirian agresifnya.
Kripto juga telah mengalami tekanan daripada peralihan yang lebih luas dalam selera risiko di kalangan pelabur yang melancarkan dagangan Trump merentasi pelbagai pasaran. – Bloomberg