Harga bitcoin merosot mendadak daripada $115,600 ke $112,000, paras terendah dalam 12 hari, sebelum pulih sedikit. Kejatuhan ini berlaku selepas beberapa hari dagangan stabil di sekitar $115,000–$116,000, walaupun Fed baru-baru ini memotong kadar faedah.
Penurunan mendadak BTC mencetuskan kecaira besar sehingga $1.7 bilion dalam tempoh 24 jam. Walaupun kini kembali ke sekitar $113,000, bitcoin masih rugi 2.6% pada ketika ini, dengan modal pasaran jatuh ke $2.245 trilion, meskipun dominasinya meningkat ke 56.4%.
Altcoin mengalami kerugian lebih besar. Ethereum jatuh lebih 6% ke bawah $4,200, manakala XRP susut lebih 5% ke $2.8. Kebanyakkan altcoin lain seperti Solana, Cardano, Chainlink, Avalanche, dan TON merosot antara 5–8%, manakala DOGE mencatat kejatuhan dua digit.
Secara keseluruhan, pasaran kripto kehilangan $150 bilion nilai dalam sehari, menyebabkan jumlah modal pasaran turun ke bawah $4 trilion. Sentimen pasaran kekal negatif dengan kebimbangan penjualan berpanjangan.