Kenaikan harga Bitcoin secara beransur-ansur telah bermula pada awal minggu perniagaan dengan harga BTC melonjak naik ke $116,000 pada hari Jumaat. Waima begitu pergerakan harga mula berhadapan dengan rintangan.
BTC tidak mampu meneruskan pendakian pada hujung minggu namun sempat mencecah $116,800 pada hari Isnin, sebelum ditekan turun ke $114,400 pada hari yang sama. BTC mula mendapat momentum dan melonjak ke $117,200 semalam menjelang mesyuarat FOMC yang dinanti-nantikan.
Bitcoin secara relatif mendatar namun dapat dorongan dengan melonjak pada sesi awal pagi Khamis ke paras tertinggi beberapa minggu hampir $118,000. Pada ketika ini, BTC didagangkan $117,661.20. Permodalan pasaran meningkat kepada $2.335 trilion di CG, dengan dominasi ke atas alt telah berkurang banyak dan turun kepada 55.6%.
HYPE, BCH, HBAR, LINK, SOL, DOGE, dan ADA merekodkan kenaikan harga sehingga 6%. BNB menambah 4.5% secara harian, tetapi berjaya menembusi $1,000 untuk mencatat ATH baharu awal hari ini. Ethereum menghampiri $4,600, manakala XRP berada pada $3.1.
Jumlah permodalan pasaran kripto meningkat $60 bilion sejak awal pagi hari ini dan kini melebihi $4.2 trilion di CG.