Bursa Malaysia terkeluar daripada rali serantau, dengan indeks utama meneruskan penurunannya apabila pelabur mengambil keuntungan daripada saham mewah.
Ketika pasaran menghentikan dagangan untuk rehat tengah hari, FBM KLCI turun 6.52 mata kepada 1,549.62, dengan saham wajaran tinggi seperti Maybank dan PETRONAS Chemicals mengubah arah indeks.
Para penganalisis menyatakan bahawa pasaran kini berada dalam fasa penyatuan, dengan pelabur menantikan petunjuk baharu susulan pengumuman keputusan pendapatan suku pertama oleh syarikat-syarikat korporat dalam beberapa hari akan datang.
Jumlah dagangan adalah 1.61 bilion saham yang diurusniagakan dengan jumlah RM853.26 juta.
Dalam satu nota, Rakuten Trade Sdn Bhd menjangkakan bahawa indeks penanda aras berkemungkinan akan kekal dalam fasa penyatuan, berada dalam julat antara 1,550 hingga 1,580 dalam tempoh jangka sederhana.
Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, TNB meningkat dua sen kepada RM14.12, manakala Press Metal menambah satu sen kepada RM4.97. CIMB dan Hong Leong Bank kekal tidak berubah, masing-masing pada RM7.10 dan RM19.90. Maybank susut 10 sen kepada RM10.08, manakala Public Bank turun satu sen kepada RM4.48.
Bagi saham aktif, saham pasaran ACE yang baharu disenaraikan, PEOPLElogy, serta Tanco, masing-masing menambah setengah sen kepada 25.5 sen dan 94.5 sen. Velesto kekal pada 16.5 sen, manakala Permaju susut setengah sen kepada tiga sen. – Bernama
Dengan ketidaktentuan ekonomi global ketika ini, pelabur harus bijak mencari peluang untuk buat untung dengan mengenal pasti perubahan trend, membaca pergerakan harga dan menguruskan risiko dengan baik. KLIK LINK untuk sertai HUSTLE24HOUR Familia dan mulakan perjalanan bersama ahli komuniti yang terbaik!