Terkini, China mengumumkan tarif tambahan sehingga 15% ke atas beberapa barangan Amerika Syarikat (AS) mulai 10 Mac dan memberikan sekatan eksport kepada 15 syarikat AS.
Langkah-langkah ‘balas dendam’ daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan China dibuat seusai sahaja pelancaran tarif tambahan AS ke barangan China.
Menurut laman web kementerian kewangan, tarif tambahan China sebahagian besarnya meliputi barangan pertanian AS termasuk jagung dan kacang soya serta duti baharu masing-masing adalah sebanyak 15% dan 10%.
Kementerian perdagangan melaporkan syarikat yang terjejas oleh kawalan eksport termasuk Leidos dan General Dynamics Land Systems.
Jurucakap kerajaan, Lou Qinjian berucap pada Kongres Rakyat Kebangsaan ke-14 menyatakan hubungan dagangan China dan AS pasti akan menyaksikan perselisihan faham namun negara gergasi Asia itu tidak akan menerima tekanan atau ugutan.
White House telah mengesahkan bahawa duti baharu sebanyak 10% ke atas barangan China akan berkuat kuasa Selasa menjadikan jumlah tarif baharu yang dikenakan hanya dalam tempoh sebulan kepada 20%.
Pelancaran tarif tersebut bakal terus ‘menyakitkan’ hubungan perdagangan AS-China walaupun China pernah menggesa Amerika Syarikat untuk menarik semula.