Menyambung dagangan pada pembukaan minggu ketiga Mac ini, tumpuan pasaran masih berkisar terhadap perkembangan perang tarif global.
Pada Jumaat lalu, China meningkatkan import barangan Amerika Syarikat (AS) kepada 125% sebagai serangan balas terhadap Presiden Donald Trump yang mengenakan tarif tertinggi kepada ekonomi kedua terbesar di dunia itu.
China mengatakan bahawa ini adalah yang terakhir dan tidak akan melayan lagi jika Trump menaikkan tarif, dengan menyifatkan strategi tarif Presiden Amerika itu sebagai ‘lawak jenaka’.
Ini adalah susulan tindakan Trump yang meningkatkan tarif terhadap China sehingga 145% selain mengumumkan 90 hari penangguhan tarif timbal balik ke atas negara-negara lain.
Namun di hujung minggu, Trump mengumumkan pengecualian tarif ke atas telefon pintar dan komputer dari China dan menjaminkan penyiasatan perdagangan keselamatan negara pada sektor semikonduktor.
Setiausaha Perdagangan AS, Howard Lutnick pada Ahad menyatakan bahawa produk teknologi kritikal dari China akan berdepan tarif yang berbeza selepas ini.
Pengumuman pengecualian tarif itu kembali membuka ruang kepada syarikat-syarikat gergasi teknologi seperti Apple, Dell dan lain-lain yang sangat bergantung terhadap import China.
Meneliti kepada data ekonomi tumpuan, laporan data inflasi pengeluar AS (PPI) diperhatikan pada dagangan sesi terakhir minggu lalu.
Bacaan pada Mac menunjukkan angka yang merosot menyusuli penurunan pada data inflasi pengguna yang diterbitkan sebelumnya.
Pada minggu ini, pasaran akan meneliti data jualan runcit AS beserta data inflasi UK dan Kanada.
Selain itu juga, bank pusat Kanada dan Eropah akan mengumumkan keputusan kadar faedah terbaru mereka pada mesyuarat minggu ini.