Presiden Donald Trump memberi tempoh kurang daripad 2 minggu kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin sama ada mencapai perjanjian damai dengan Ukraine, atau Moscow dan rakan dagangnya bakal berdepan tarif sekunder yang besar. Sebelum ini, Trump menetapkan tempoh 50 hari yang dijangka tamat pada awal September, tetapi beliau menyatakan bahawa proses itu terlalu perlahan.
“Saya akan tetapkan tarikh akhir baharu, kira-kira 10 atau 12 hari dari sekarang,” kata Trump kepada media semasa lawatan ke Scotland dan pertemuan dengan Perdana Menteri United Kingdom, Keir Starmer. “Tak ada sebab untuk mereka terus berlengah. Saya nak bertolak ansur, namun kami tak nampak sebarang kemajuan.”
Trump mengakui bahawa beliau kecewa dengan Putin dan oleh itu memendekkan tempoh asal. Beliau sebelum ini mengancam akan mengenakan tarif kira-kira 100% terhadap pembeli eksport Rusia sekiranya tiada perjanjian gencatan senjata dicapai menjelang September.
Walaupun Trump sebelum ini enggan mengkritik Putin secara terbuka, nada beliau telah berubah beberapa bulan kebelakangan ini apabila pencerobohan Rusia ke atas Ukraine semakin agresif. “Saya bercakap banyak kali dengan Presiden Putin. Kami pada dasarnya mencapai persetujuan lima kali.Namun beliau tetap lancarkan roket ke bandar seperti Kyiv dan ramai yang terkorban termasuk di rumah jagaan” katanya dengan nada kesal.