Bitcoin dan ether menjunam ke paras terendah beberapa bulan apabila pelabur menarik diri daripada aset berisiko berikutan kejatuhan saham teknologi dan semakin kurangnya keyakinan terhadap pemotongan kadar faedah A.S. dalam masa terdekat. Bitcoin jatuh ke $81,668 manakala ether turun ke $2,661, dengan kedua-duanya merosot sekitar 12% minggu ini. Waima begitu pandangan Fed Williams membuat harapa pelabur sedikit meningkat dan harga BTC kini didagangkan pada paras $83K.
Kejatuhan ini berlaku ketika mata wang kripto kehilangan $1.2 trilion nilai pasaran dalam enam minggu, menandakan tekanan jualan besar-besaran yang turut menjejaskan ETF bitcoin spot Hong Kong, yang jatuh hampir 7%.
Walaupun Bitcoin mencapai paras rekod melebihi $120,000 pada Oktober, pasaran masih trauma daripada kejatuhan tunggal terbesar bulan lalu yang melibatkan $19 bilion posisi dicairkan, menurut penganalisis.
Tekanan jualan turut melanda saham syarikat berkaitan kripto termasuk Strategy, Coinbase dan lain-lain, dengan beberapa daripadanya mencatat penurunan paling besar tahun ini. JP Morgan memberi amaran bahawa Strategy berisiko dikeluarkan daripada indeks MSCI.
Laporan CryptoQuant menunjukkan keadaan pasaran kini paling bearish sejak awal kitaran bull 2023, menandakan gelombang permintaan mungkin telah melepasi kemuncaknya, dengan sentimen pasaran kekal rapuh.




















































