Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD dilihat masih berlegar di paras ketinggian 5 bulan, namun lebih mendatar pada Rabu semalam.
Tumpuan terarah kepada data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan di sesi New York semalam namun tidak menunjukkan kesan ketara pada pergerakan US dolar.
Kebimbangan terhadap perang tarif dilihat terus menjadi tekanan utama kepada US dolar yang mendorong pergerakan lemah berterusan menuju penghujung minggu.
Harga kekal berlegar di sekitar zon 1.09000 semalam dan tidak berjaya mencapai ketinggian 1.09400 pada Selasa lalu.
Pelabur memerhati pergerakan yang menguji garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut untuk petunjuk arah dagangan di penghujung minggu.
Laporan data inflasi pengeluar AS yang akan diterbitkan di sesi New York malam ini boleh menjadi pemacu untuk pergerakan harga selanjutnya selain isu-isu tumpuan dalam pasaran seperti perang tarif.
Jika tiada perubahan, harga cenderung untuk menyambung lagi corak kenaikan sebelum ini untuk capai ketinggian baharu.
Untuk jangkaan bagi kenaikan yang berjaya diteruskan dari zon 1.09000, sasaran adalah untuk menguji ketinggian pada 1.10000.
Namun jika harga mula paparkan penurunan dari zon 1.09000, paras sokongan semasa pada 1.08000 bakal diuji.
Pelabur akan mengintai isyarat perubahan trend bearish sebelum harga membuat penurunan ke paras 1.07000 dan 1.06000.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK