Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, Ekonomi Madani berada di landasan yang baik dengan pelbagai pencapaian dalam pelbagai aspek ekonomi dapat dilihat.
Ekonomi negara dilihat berkembang dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat sebanyak 5.1%, inflasi juga turun kepada 1.8%.
Kadar kemiskinan dilihat turun kepada paras 8%, namun kadar pengangguran kekal stabil pada 3.2%.
Jumlah perdagangan juga meningkat kepada RM 2.9 trilion, kenaikan sebanyak 9.2%.
Dalam pada itu, hutang baharu yang dibuat kerajaan juga berkurang kepada 17% dan defisit fiskal juga semakin baik.
Hal ini dapat memberi kesan yang positif kepada ekonomi negara kerana ia boleh membantu menstabilkan mata wang, menarik lebih banyak pelaburan, dan mengurangkan beban hutang negara dalam jangka panjang.
Sebanyak lebih 207,000 peluang pekerjaan dijangka akan dibuka memandangkan pelaburan yang telah diluluskan meningkat kepada RM378.5 bilion.