Syarikat penerbangan Emirates Dubai dilaporkan telah menandatangani perjanjian awal bersama Crypto.com, yang membolehkan pelanggan membuat pembayaran menggunakan perkhidmatan milik platform dagangan kripto tersebut.
Menurut kenyataan rasmi pada Rabu, kerjasama ini dijangka berkuat kuasa tahun depan dan menyasarkan golongan pengguna muda serta celik teknologi yang semakin cenderung memilih mata wang digital sebagai kaedah pembayaran pilihan.
Timbalan Presiden Emirates, Adnan Kazim berkata langkah ini bertujuan memenuhi kehendak pelanggan moden dan membuka peluang baharu dalam pengalaman perjalanan digital.
Emiriah Arab Bersatu (UAE) semakin dikenali sebagai hab utama untuk syarikat-syarikat kripto global, dengan banyak firma menubuhkan operasi atau merancang untuk berkembang di negara rantau itu.
Pembayaran menggunakan mata wang kripto juga semakin diterima secara meluas, termasuk dalam sektor hartanah, pendidikan dan pengangkutan.
Di Dubai, penubuhan Virtual Assets Regulatory Authority (VARA) pada 2022 memperkukuh kawal selia sektor aset digital. Salah satu zon bebas terbesar bandar itu, Dubai Multi Commodities Centre (DMCC), kini menempatkan lebih daripada 650 syarikat kripto.
Sementara itu, tarikan aset digital semakin meriah dalam sektor penerbangan.
Syarikat penerbangan Air Arabia (AIRA.DU) pada Mei lalu mengumumkan ia akan menerima stablecoin AE Coin, yang disokong oleh dirham UAE sebagai kaedah pembayaran tempahan.
Pasaran bergerak pantas, peluang terbaik datangnya daripada mereka yang bersedia. Anda tak nak terlepas? Rebut peluang untuk sertai program HUSTLE24HOUR untuk tingkatkan level anda dalam trading selepas ini. KLIK LINK UNTUK JOIN H24H!