Euro paparkan penyusutan nilai selepas keputusan mesyuarat polisi bank pusat Eropah di sesi New York semalam.
European Central Bank (ECB) menepati ramalan menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas dan kenyataan susulan bernada waspada berikutan faktor perang dagang dan rancangan perbelanjaan pertahanan yang boleh cetuskan semula lonjakan inflasi di Eropah.
Walau bagaimanapun, penyusutan Euro hanya sedikit jika dibandingkan dengan peningkatan berterusan nilai yang dipaparkan sejak awal minggu.
US dolar pula kekal bergerak dalam prestasi suram sementara pelabur berhati-hati menunggu laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) diterbitkan pada sesi New York malam nanti.
Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga telah mencapai ketinggian sekitar 1.08500 pada Khamis semalam sebelum berlaku penurunan semula susulan reaksi keputusan mesyuarat ECB.
Harga susut pada sesi New York di bawah paras 1.08000 dan kekal mendatar di sekitar paras tersebut menyambung dagangan di awal sesi Asia pagi ini.
Namun, pergerakan harga yang berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD masih mengekalkan isyarat bullish sepanjang minggu ini.
Sekiranya harga mampu melonjak di atas paras 1.08000 semula, corak kenaikan sebelum ini berkemungkinan akan diteruskan kembali.
Ketinggian dicapai semalam mampu untuk diatasi sebelum harga catatkan paras tertinggi terbaru 4 bulan mensasarkan pula pada zon 1.09000.
Sebaliknya jika harga kekal terhalang di paras 1.08000 dan laporan pekerjaan NFP mengukuhkan US dolar, harga boleh menjunam jatuh semula di penutup minggu ini.
Beberapa paras tumpuan akan dituju harga untuk penurunan awal yang dimulakan seperti paras 1.07000 dan 1.06000.
Lihat gambar carta pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK