Berlaku perubahan arah harga pada carta-carta utama ketika US dolar kembali bergerak lemah dalam dagangan Khamis semalam.
Agak mengejutkan pelabur dengan situasi tersebut berikutan sentimen pasaran masih dinilai berisiko dengan pengumuman tarif baharu Presiden Donald Trump selain pelabur memantau perkembangan rundingan perang Rusia-Ukraine yang diadakan di Arab Saudi.
Tumpuan kini sedang terarah kepada laporan data PMI sektor pembuatan dan perkhidmatan yang akan diterbitkan di sesi Eropah dan New York hari ini (Jumaat).
Mata wang Eropah dan US dolar dijangka paparkan pergerakan menarik susulan reaksi pada data tersebut yang bakal menilai kesihatan semasa ekonomi.
Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, berlaku lantunan semula harga selepas penurunan sebelum ini menyentuh paras tumpuan pada 1.04000.
Kenaikan harga pada Khamis semalam dilihat kembali mencapai semula paras 1.05000 di sesi New York, melihatkan harga menguji zon rintangan tersebut seperti situasi minggu lalu.
Kenaikan harga juga telah melepasi garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu yang memberi isyarat kepada perubahan trend bullish.
Harga bergerak perlahan di sesi Asia pagi ini (Jumaat) di bawah paras 1.05000 sambil menguji rintangan penting itu.
Sekiranya harga berjaya lolos ke paras lebih tinggi, paras ketinggian terbaru 10 minggu bakal dicatatkan sebelum penutup minggu ini dengan sasaran untuk menuju sekitar 1.06000.
Jika tidak berlaku, harga berkemungkinan boleh susut semula dari zon 1.05000 tersebut sebelum menuju kembali ke paras 1.04000 yang diuji pada Rabu lalu.
Seterusnya untuk lanjutan penurunan lebih rendah, pelabur akan memerhati sebarang isyarat untuk pergerakan bearish buat harga.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.