US dolar pamerkan corak penyusutan sepanjang dagangan minggu lalu selepas Donald Trump secara rasmi menggalas tugas sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baharu.
Trump yang tampak sedikit ‘berlembut’ berkenaan tarif terhadap China mengurangkan tekanan terhadap sentimen pasaran, mengurangkan tarikan terhadap mata wang safe-haven US dolar.
Selain itu, Trump juga mencadangkan kadar faedah diturunkan lebih rendah di Amerika ketika pelabur menantikan mesyuarat FOMC pertama 2025 minggu ini.
Jika diteliti pergerakan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga telah menunjukkan kenaikan ke zon tumpuan 1.05000 ketika di sesi terakhir minggu lalu.
Corak pergerakan harga kekal bullish yang masih berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Harga dibuka di bawah paras 1.05000 dan kekal bergerak perlahan di awal sesi Asia pagi Isnin.
Jika kenaikan masih diteruskan lagi di awal minggu ini, harga yang melepasi 1.05000 bakal mencatatkan paras ketinggian terbaru 7 minggu.
Sasaran untuk kenaikan lebih tinggi adalah mencapai paras 1.06000 untuk kembali menguji paras rintangan yang telah menjadi tumpuan pada awal Disember lalu.
Waspada sekiranya pergerakan harga mula menunjukkan tanda-tanda perubahan trend dari minggu lalu.
Harga yang susut di bawah garisan MA50 bakal hampiri semula paras sokongan pada 1.04000.
Jatuh lebih rendah akan menjangkakan penurunan menuju zon tumpuan terdahulu sekitar 1.03000.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.