Ketegangan dalam pasaran sebelum ini mula mereda ketika Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump nampak lebih ‘berlembut hati’ dengan isu-isu sebelum ini.
Selepas hangat dengan ugutan untuk memecat Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell sejak minggu lepas, Trump semalam menyatakan bahawa beliau tidak berhasrat untuk menyingkirkan Powell, tapi mahukan Powell untuk lebih aktif dalam tindakan menurunkan kadar faedah.
Selain itu, Trump juga memaklumkan rundingan dengan China berjalan dengan baik dan memaklumkan tarif setinggi 145% tidak akan dikenakan ke atas negara Tembok Besar itu, namun kadar tarif tidak akan menjadi sifar.
Keredaan ketegangan pasaran mula memberi impak positif semula kepada US dolar untuk didagangkan pulih di sesi New York semalam.
Pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga mula berundur dari rekod tertinggi 3 tahun yang dicapai pada awal minggu di paras 1.15700.
Penurunan harga pada Selasa semalam sehingga bersambung ke sesi Asia pagi Rabu ini dicatatkan sekitar lebih 200 pips hampir mencecah 1.13000.
Namun, harga dilihat kembali melantun laju semula ke paras 1.14000 sebelum pergerakan harga mula perlahan.
Isyarat perubahan trend harga diperhatikan apabila harga sudah mula bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut.
Corak pergerakan bearish harga bakal dipaparkan sekiranya harga kembali membuat penurunan semula dan menembusi zon support 1.13000.
Seterusnya paras tumpuan pada 1.12000 hingga 1.11000 akan kembali menjadi sasaran jika penurunan diteruskan.
Namun jika harga berupaya untuk melonjak naik melepasi zon rintangan 1.14000, paras ketinggian di awal minggu berkemungkinan akan dicabar semula.
Seterusnya, ketinggian 1.16000 akan menjadi sasaran untuk kenaikan harga untuk catatkan paras ketinggian terbaru 3 tahun.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK