Ketiadaan data-data ekonomi tumpuan di awal minggu mendorong pergerakan perlahan mata wang seperti yang diperhatikan pada carta-carta utama.
US dolar kekal dalam prestasi suramnya selepas ketara alami penyusutan pada minggu lepas selain isyarat kurang baik pada laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan di penghujung minggu.
Petunjuk seterusnya akan diperhatikan menerusi laporan inflasi AS pada minggu ini ketika kebimbangan menyelubungi ekonomi AS ekoran perang tarif.
Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD masih mendatar di antara julat 1.09000 dan 1.08000.
Namun trend harga dilihat masih bullish, cuma corak kenaikan harga terhenti seketika sementara menantikan petunjuk selanjutnya.
Jika faktor semasa masih memberi tekanan terhadap US dolar, harga bakal menyambung kenaikan lebih tinggi.
Untuk kenaikan harga, rintangan pada paras 1.09000 akan diuji dan cuba untuk ditembusi sebelum paras ketinggian baharu dicatatkan.
Sasaran seterusnya adalah untuk mencapai 1.1000 setelah kali terakhir harga didagangkan di paras itu pada awal November lalu.
Namun jika harga susut di bawah support 1.08000, risiko untuk kejatuhan harga adalah tinggi dan pelabur perlu bersiap sedia.
Penurunan awal akan menuju sekitar 1.07000 sebelum tumpuan seterusnya pada 1.060000.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK