Carta pasangan mata wang EUR/USD menunjukkan pergerakan yang mendatar ketika menuju dagangan di penghujung minggu lepas.
Pada awal minggu lalu, lonjakan harga diteruskan hampir mencapai zon 1.16000 dengan paras sekitar 1.05700 yang dicapai merupakan rekod tertinggi untuk tempoh 4 tahun.
Namun perubahan sentimen pasaran yang memulihkan kembali US dolar telah menekan harga jatuh ke bawah semula.
Ketegangan perang tarif yang mereda antara Amerika Syarikat (AS) dan China memulihkan US dolar, namun pasaran mula berwaspada apabila China menafikan rundingan sedang berlaku bersama Presiden Donald Trump.
Pergerakan menurun harga pada carta EUR/USD yang menghampiri 1.13000 tidak berjaya mengekalkan momentum sebelum berlaku lantunan semula.
Harga mendatar dalam julat sekitar 100 pips di antara zon support pada 1.13000 dan rintangan pada 1.14000.
Pelabur akan berhati-hati pada minggu ini pula menjelang beberapa komponen data pekerjaan AS untuk mengukur kesihatan sektor buruh yang akan menjadi petunjuk penting kepada Federal Reserve (Fed).
Sekiranya berlaku penurunan harga yang menembusi support 1.13000 selepas ini, isyarat bearish lebih jelas untuk harga meneruskan corak penurunan dari minggu lalu.
Untuk tumpuan pada penurunan berikutnya, harga akan mensasarkan pada 1.12000 dan zon 1.11000.
Sebaliknya jika berlaki lonjakan yang kemudiannya menembusi rintangan pada 1.14000, harga berpotensi untuk menuju semula paras ketinggian yang dicapai minggu lalu.
Selanjutnya, zon rintangan pada 1.16000 akan cuba untuk ditembusi sebelum harga catatkan paras tertinggi terbaru lagi di penutup dagangan April ini.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK