Pergerakan harga lebih jelas dipaparkan pada dagangan Khamis semalam dipacu oleh faktor sentimen pasaran yang berisiko.
US dolar ketara mengukuh di sesi New York semalam selepas pengumuman tarif baru oleh Presiden Donald Trump kepada Eropah sebanyak 25%.
Eropah memberi amaran akan bertindak balas serta merta sekiranya tarif itu dilancarkan.
Ketegangan yang meningkat dalam pasaran memberi kelebihan kepada mata wang safe-haven terutamanya US dolar untuk mengukuh.
Justeru, dapat diperhatikan pada carta pasangan mata wang EUR/USD semalam, harga telah menjunam jatuh selepas beberapa hari berlegar di zon 1.05000.
Penurunan jelas di sesi New York menyaksikan harga kembali hampiri paras sokongan minggu lalu pada 1.04000 di penghujung sesi.
Pergerakan harga mula perlahan berlegar di sekitar tersebut menyambung dagangan pembukaan sesi Asia pagi ini (Jumaat).
Harga yang memulakan terjunan selain bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut memberi isyarat lebih jelas untuk pergerakan bearish.
Namun, pelabur akan menantikan terbitan data indeks harga PCE di sesi New York malam ini yang akan memacu arah selanjutnya.
Jika harga melanjutkan penurunan lebih rendah, sasaran akan beralih kepada zon tumpuan berikutnya pada 1.03000.
Namun jika harga berjaya melantun semula dari zon 1.04000, akan kembali zon rintangan 1.05000 menjadi sasaran harga.
Melepasi halangan MA50 dan zon 1.05000 akan memberi isyarat untuk pergerakan trend bullish semula harga diteruskan.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK