Foxconn Taiwan, syarikat pembuat alat elektronik terbesar dunia mengatasi jangkaan dengan mencatatkan hasil tertingginya buat suku keempat berikutan permintaan kukuh yang berterusan untuk pelayan kecerdasan buatan (AI).
Penghasil dalaman iPhone itu melonjak 15.2% kepada $64.72 billion berbanding LSEG SmartEstimate yang mencatatkan $37.2 billion.
Permintaan pelayan AI yang teguh membawa kepada pertumbuhan hasil yang kukuh untuk bahagian produk awan dan rangkaiannya terutamanya pelanggan terpentingnya iaitu firma cip AI Nvidia.
Bagi alat elektronik pintar seperti iPhone, pertumbuhan tahunan dilihat masih stabil mendatar.
Jumlah hasil pada bulan Disember sahaja mencecah $20.3 billion iaitu naik 42.3% tahun ke tahun dan paras kedua tertinggi untuk bulan itu.
Saham Foxconn melonjak 76% pada tahun lepas, mengatasi prestasi meningkat sebanyak 28.5% untuk pasaran Taiwan yang lebih luas.
Mereka ditutup turun 0.8% pada hari Jumaat le[as menjelang keluaran data hasil berbanding dengan kenaikan 0.3% buat indeks penanda aras.
Foxconn bakal melaporkan pendapatan suku keempat sepenuhnya pada 14 Mac nanti. – Reuters