Corak bullish harga dipaparkan pada carta pasangan mata wang GBP/USD pada minggu lalu sehingga ke dagangan di sesi-sesi terakhir.
Pada Jumaat, harga berjaya catatkan kenaikan harian sekitar 150 pips mencapai ketinggian baharu pada sasaran 1.25000.
Situasi kenaikan harga didorong oleh faktor penyusutan US dolar yang menerima kesan awal peralihan pentadbiran Donald Trump di Amerika Syarikat (AS).
Pergerakan harga yang kekal berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD mengekalkan isyarat bullish.
Harga dibuka sedikit rendah dari ketinggian 1.25000 pada sesi Asia awal minggu ini namun kecenderungan adalah untuk harga masih meningkat.
Mendatar di sekitar 1.24500, harga dijangka untuk membuat kenaikan melepasi ketinggian 1.25000 yang menjadi paras rintangan semasa buat harga.
Selepas berjaya melepasinya, harga bakal melanjutkan kenaikan lebih tinggi untuk catatkan paras tertinggi terbaru 4 minggu menuju sasaran 1.26000.
Sebaliknya jika harga berundur turun, sokongan terhampir buat harga adalah pada sekitar 1.24000 dan jika susut di bawah sokongan MA50 akan memberi isyarat awal untuk perubahan trend.
Selanjutnya, harga akan membuat penurunan menuju pula zon RBS (resistance become support) pada 1.23000 yang telah menjadi tumpuan beberapa minggu sebelum ini.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.