Carta pasangan mata wang GBP/USD kekal memaparkan corak mendatar sehingga dagangan ke penghujung minggu lalu.
Mata wang Pound bergerak suram susulan laporan pertumbuhan ekonomi UK yang diterbitkan pada Jumaat lalu catat bacaan yang lemah untuk Januari.
US dolar juga mengekalkan prestasi hambar sepanjang minggu berikutan kebimbangan risiko kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat (AS) kesan dari perang tarif.
Tumpuan bagi kedua-dua mata wang pada minggu ini adalah terhadap keputusan mesyuarat FOMC dan juga mesyuarat bank pusat England.
Pada Jumaat, harga mendatar di atas zon 1.29000 selepas kenaikan di awal minggu tidak berjaya diteruskan.
Namun pergerakan harga di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu mencetus isyarat awal untuk pergerakan bearish bermula.
Di pembukaan sesi Asia awal minggu ini, harga perlahan di sekitar 1.29300 meneruskan corak mendatar pada penutup minggu lalu.
Sekiranya harga menjunam jatuh di bawah 1.29000, isyarat penurunan harga akan lebih jelas sebelum melepasi paras dagangan minggu lalu sekitar 1.28700.
Seterusnya, penurunan yang dilanjutkan bakal mensasarkan pada zon tumpuan 1.28000.
Namun jika situasi berbeza yang menyaksikan lonjakan harga dipamerkan, rintangan adalah pada 1.30000 untuk harga uji.
Kenaikan lebih tinggi jika melepasi paras tersebut akan mencatatkan ketinggian terbaru 5 bulan menuju pula sekitar 1.31000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK