Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD dilihat masih kekal berada dalam julat 100 pips antara paras 1.26000 hingga 1.25000.
Menutup dagangan hari terakhir 2024 pada Selasa lalu, harga telah menguji paras rintangan 1.26000 sebelum menjunam jatuh menuju ke support 1.25000 semula.
Ini berikutan US dolar yang mula memaparkan pengukuhan sehingga bersambung pada pembukaan 2025 pada Rabu semalam.
Walau bagaimanapun, penurunan lanjut tidak berlaku di mana harga masih kekal bertahan di atas paras 1.25000 sehingga ke hari ini (Khamis).
Namun menjadi isyarat untuk pelabur berhati-hati apabila harga dilihat masih berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut sebagai isyarat bearish harga.
Sekiranya harga bergerak susut di bawah 1.25000, akan mengundang risiko kejatuhan lebih parah selain harga bakal catatkan paras terendah baharu.
Sasaran untuk penurunan yang dilanjutkan adalah menuju sehingga sekitar 1.24000.
Situasi sebaliknya boleh dijangkakan jika harga berjaya naik melepasi halangan MA50 untuk isyarat awal bagi perubahan trend harga.
Seterusnya, paras rintangan pada 1.26000 akan sekali lagi menjadi tumpuan untuk diuji yang masih lagi menjadi penghalang utama.
Sekiranya lepas rintangan tersebut, harga bakal dipacu ke zon tumpuan sebelum ini iaitu pada 1.27000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.