Cubaan kenaikan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD di awal minggu semalam gagal diteruskan.
Pada minggu lalu, harga telah paparkan penurunan hingga ke sekitar 1.29000 yang dilihat sebagai zon support semasa buat harga.
Di pembukaan awal minggu semalam, harga cuba membuat kenaikan semula dari awal sesi Asia sehingga bersambung pada sesi Eropah.
Kenaikan harga telah melepasi garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut yang mencetus isyarat awal untuk harga bakal bergerak dalam trend bullish.
Namun, selepas mencapai ketinggian pada 1.29700, harga kembali menjunam jatuh susulan ditekan oleh pengukuhan US dolar sehingga menyentuh semula support pada 1.29000.
Harga sedikit melantun dari support tersebut untuk penutup dagangan sesi New York.
Menyambung dagangan sesi Asia pagi ini (Selasa), harga perlahan di atas zon 1.29000, namun pergerakan harga yang kekal di bawah halangan MA50 mengekalkan isyarat bearish.
Sekiranya harga susut di bawah support 1.29000 selepas ini, penurunan lanjut harga dijangka akan diteruskan.
Harga bakal catatkan paras terendah terbaru 3 minggu dengan sasaran terhampir adalah untuk menuju sekitar zon 1.28000.
Sebaliknya jika harga berjaya membuat lonjakan semula, isyarat pertukaran trend bullish akan diperhatikan selepas harga melepasi halangan MA50.
Kenaikan bakal diteruskan untuk kembali menguji semula zon rintangan pada 1.30000.
Zon tersebut diuji beberapa kali sepanjang dagangan minggu lepas namun masih tidak berjaya dilepasi.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK