Penurunan harga tidak berlaku pada carta pasangan mata wang GBP/USD setelah pada awal minggu pelabur menyaksikan isyarat awal perubahan trend.
Situasi semasa pergerakan harga dipengaruhi oleh perkembangan perang tarif yang kian hangat sehingga makin menekan mata wang US dolar.
Menjelang data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang akan diterbitkan malam ini, kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi terbesar dunia itu semakin memuncak.
Pada penutup dagangan Isnin lalu, harga telah susut di bawah zon 1.29000 yang menjangkakan kemungkinan trend bullish pada minggu sebelumnya bakal berakhir.
Sebaliknya yang berlaku apabila lonjakan kembali dipamerkan harga pada Selasa semalam kembali menembusi 1.29000 semula.
Harga juga kembali bergerak di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut yang mencadangkan trend bullish diteruskan.
Harga cenderung untuk mengekalkan momentum setelah kenaikan harian hampir 100 pips dicatatkan semalam.
Kenaikan harga sehingga ke penghujung sesi New York mengatasi paras minggu lepas sekaligus mencatatkan ketinggian baharu 4 bulan ke paras 1.29600.
Di sesi Asia pagi ini (Rabu), harga dilihat sedikit berundur menuju ke aras 1.2900 semula, namun pelabur menjangkakan harga bakal menyambung corak kenaikan lebih tinggi pada sasaran 1.30000.
Sebaliknya jika tidak berlaku, harga yang susut di bawah paras 1.29000 akan kembali mengundang isyarat untuk pergerakan bearish.
Penurunan harga akan mensasarkan zon tumpuan pada 1.28000 dan seterusnya pada 1.27000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK