Dagangan bergelora bagi carta pasangan mata wang GBP/USD pada minggu lalu dengan tumpuan kepada mesyuarat bank pusat England (BOE) pada Khamis serta laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.
Pada Rabu, harga telah menunjukkan penurunan ketara dengan keputusan mesyuarat yang dijangkakan dengan BOE menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas.
Penurunan harga pada mulanya dilihat telah mencecah sekitar 1.26300 sebelum kembali melantun membuat kenaikan semula pada Jumaat menjelang laporan pekerjaan NFP diterbitkan.
Pada sesi terakhir minggu itu dengan reaksi terhadap NFP bagi bulan Januari, harga meningkat hampir menyentuh 1.25000 namun kembali ditekan jatuh semula ke sekitar 1.24000.
Laporan pekerjaan agak bercampur namun keseluruhannya dinilai masih dalam perkembangan yang baik meskipun sedikit perlahan.
US dolar menunjukkan pengukuhan pada penutupan sesi terakhir tersebut yang dijangka akan membawa momentum positif ke awal minggu ini.
Pergerakan harga perlahan pada sesi Asia hari ini (Isnin) melihatkan harga berlegar di bawah zon 1.24000 yang menjadi rintangan semasa buat harga.
Pergerakan kekal di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta itu akan mengekalkan isyarat bagi trend bearish buat harga.
Sekiranya harga menyambung corak minggu lalu, penurunan bakal dilanjutkan dijangka ke sekitar 1.23000 seterusnya mencecah semula paras di awal minggu lalu sekitar 1.22500.
Namun jika kenaikan harga berjaya melewati semula halangan MA50, masih ada potensi untuk harga kembali berubah arah untuk meningkat ke paras lebih baik semula.
Kenaikan harga bakal mensasarkan pada 1.25000 untuk diuji dan dilepasi sebelum mengatasi ketinggian minggu lalu pada 1.25500.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.