Hampir 1.8 juta pelancong dari China melawat Malaysia antara Januari hingga Mei tahun ini, selepas diluluskan pengecualian visa untuk pelawat China.
Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Khairul Firdaus Akhbar Khan selepas dasar itu berkuat kuasa pada 2024, ketibaan pelancong China meningkat dengan ketara daripada 1.6 juta pada 2023 kepada 3.4 juta tahun lepas.
Katanya lagi, kementerian dengan kerjasama persatuan agensi pelancongan sedang giat menjalankan pelbagai inisiatif promosi untuk menarik pelancong China khususnya yang beragama Islam.
Mereka dalam usaha menjemput lebih 100 imam dari China dan Eropah untuk merasai sendiri konsep pelancongan Malaysia yang mesra Muslim, sesuai dengan semua latar belakang dan agama.
Sementara itu, strategi kementerian tersebut memastikan manfaat saksama dan limpahan ekonomi ke pada negeri-negeri pantai timur sambil mempromosikan bersepadu melalui Tourism Malaysia dan Pusat Pelancongan Islam (ITC) untuk mempamerkan tarikan seperti Masjid Kristal ke pasaran ASEAN, Eropah, Korea Selatan dan Jepun.
Walau bagaimanapun, ia berkait rapat dengan budaya masyarakat setempat apabila dapat mempromosikan elemen dan limpahan manfaat kepada industri seperti inap desa, kraftangan dan makanan tradisional. – Bernama