Pemilik kafe di Malaysia menghadapi cabaran yang sukar ekoran harga biji kopi mencecah paras tertinggi.
Cuaca buruk yang melanda Brazil dan Vietnam menjadi faktor kepada kenaikan harga kerana dua negara tersebut adalah pengeluar terbesar kopi, selain permintaan global yang tinggi.
Brazil, pengeluar utama kopi Arabika, telah mengalami kemarau, lapisan ais yang terbentuk pada pokok kopi dan panas yang melampau, yang membawa kepada hasil tuaian yang kurang baik.
Sementara itu, Vietnam, pembekal terbesar biji Robusta, turut dilanda cuaca tidak menentu, menyebabkan sukar untuk menghasilkan kopi yang mencukupi.
Pada Disember 2024, biji kopi Arabika melonjak kepada AS$3.50 (RM15.75) sepaun yang tertinggi sejak 1977.
Biji robusta menyaksikan peningkatan yang sama, mencecah AS$5,885 setan.
Disebabkan kenaikan ini, terdapat kemungkinan sesetengah kafe akan menaikkan harga atau mencari cara lain untuk menjimatkan kos.
Dengan kenaikan yang ketara dalam harga biji kopi dan permintaan yang agak tinggi, adalah masa yang sesuai untuk Malaysia juga berusaha untuk menjadi pengeluar kopi tersendiri dan dapat mengurangkan kebergantungan kepada import.